Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Tanda-Tanda Sakit Jantung

Isnin, 3 Februari 20140 comments

Tanda-Tanda Sakit Jantung


tanda-tanda sakit jantung
Sakit jantung atau sakit yang berkaitan dengan jantung adalah pembunuh nombor 1 di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia berisiko menghadapi penyakit jantung. Apakah tanda-tanda sakit jantung? Mari kita kenali tanda-tanda sakit jantung yang mungkin boleh memberi amaran awal kepada kita.

Tanda-tanda sakit jantung :

1. Gusi atau lidah membengkak atau sakit. Ini mungkin disebabkan jantung mempunyai masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah ataupun saluran koronari jantung tersumbat.

2. Lengan dan tangan kiri terasa kebas (bagi golongan wanita, kebas dan sakit pada kedua-dua belah tangan). Jika perkara ini berlarutan atau berpanjangan, berkemungkinan besar anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat.

3. Lidah akan berasa pendek serta tegang.

4. Tiba-tiba berasa seronok dan teruja atau berasa bimbang tanpa sebarang sebab.

5. Berasa sakit pada dada terutama pada ulu hati sedikit ke bahagian kiri. Kebiasaannya terasa seperti benda berat menghempap dada.

6. Bermula sakit dibahagian dada, kemudian sakit akan merebak kepada tangan, lengan, bahagian belakang, abdomen dan rahang.

7. Berasa pedih dan tidak selesa dibahagian dada.

8. Tiba-tiba menghadapi batuk yang berpanjangan, atau berasa berkahak dan sentiasa mahu berdehem.



9. Rasa yang tidak selesa pada kepala, rasa berpusing dan tidak seimbang.

10. Keletihan sepanjang masa.

11. Tiada selera makan dan loya.

12. Degupan jantung yang tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Tiba-tiba berpeluh walaupun tengah duduk berehat.

15. Sendi-sendi kaki dan abdomen membengkak.

16. Berasa letih dan tidak bermaya yang amat sangat.

Jika anda dapati diri anda ada tanda-tanda sakit jantung seperti di atas, segeralah berjumpa dengan pakar perubatan agar tindakan awal dapat diambil.


[Tanda-tanda kehamilan]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger