Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

9 Tanda-Tanda Kehamilan

Isnin, 3 Februari 20140 comments

9 Tanda-Tanda Kehamilan


tanda-tanda kehamilan
9 tanda-tanda kehamilan awal yang mudah untuk dipastikan adalah seperti berikut :

1. Mengidam
Mengidam adalah salah satu tanda-tanda kehamilan. Tetapi, janganlah bergantung kepadanya sebagai tanda-tanda yang pasti anda telah hamil. Jika anda mengidam dan diikuti dengan tanda-tanda kehamilan yang lain seperti yang akan dinyatakan dibawah, maka bersiap sedialah mengira daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap
Tanda-tanda kehamilan yang lain adalah apabila kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap. Berkemungkinan proses persenyawaan telah berlaku. Akan tetapi, ianya juga mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon yang tiada kaitan dengan kehamilan atau ia disebabkan bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Lebih kurang 8 hariselepas ovulasi, pendarahan implantasi iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat serta sedikit kekejangan mungkin berlaku. Ini berlaku kerana telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.

4. Kerap membuang air kecil



Anda akan membuang air kecil dengan lebih kerap. Tanda-tanda kehamilan ini akan berlaku sebaik sahaja embrio melekat dan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG).

5. Keletihan
Keletihan adalah salah satu tanda-tanda kehamilan yang penting. Tahap hormon progesteron yang tinggi menyebabkan anda berasa letih walaupun melakukan kerja-kerja yang ringan. Walau bagaimanapun, keletihan bukanlah tanda yang pasti tanda kehadiran simptom- simpton kelahiran yang lain.

6. Payudara melembut dan membengkak
Payudara anda akan menjadi sanagt sensitif terhadap sentuhan. Kesakitan pada payudara akan hilang apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini.

7. Deria rasa berubah
Anda akan mengalami perubahan pada deria rasa. Ada sesetengah wanita akan berasa sedikit payau di mulut, ada juga yang tidak dapat tahan dengan rasa kopi, teh atau makanan-makanan yang biasanya digemari.

8. Mabuk hamil pagi
Seawal 2 hari selepas persenyawaan, anda mungkin mengalami rasa loya dan tidak sedap perut. Ianya bukan sahaja boleh berlaku pada waktu pagi, tetapi boleh terjadi waktu petang atau malam. Tetapi, ada sesetengah wanita akan mengalami morning sickness ini selepas beberapa minggu selepas persenyawaan dan ada juga tidak mengalaminya langsung.

9. Tidak datang haid
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur, tidak datang haid adalah tanda kehamilan yang paling pasti. Jika selama ini kitaran haid anda teratur dan kini ia datang lambat, adalah lebih baik jika anda melakukan ujian kehamilan.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger