Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Pesawat MAS MH370 Dilapor Terhempas Ke Laut China Selatan

Sabtu, 8 Mac 20140 comments

Pesawat MAS MH370 Dilapor Terhempas Ke Laut China Selatan


Malaysia Airlines
Menurut laporan daripada Media Vietnam, tentera laut Vietnam telah mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal pagi hari ini terhempas ke Laut China Selatan.

Mengikut akhbar Tuoi Tre, Laksamana Ngo Van Phat berkata kapal terbang yang membawa 227 penumpang itu terhempas di laut 153 batu nautika dari kepulauan Phu Quoc.

Walaubagaimanapun masih belum ada sebarang pengesahan dari pihak Malaysia Airlines (MAS) berhubung laporan media Vietnam itu. Namun pihak MAS mengesahkan ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dalam operasi mencari dan menyelamat.




Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika berada di ruang angkasa Malaysia-Vietnam.

Pesawat B777-200 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger