Punca Komik Ultraman The Ultra Power Diharamkan di Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap komik Ultraman The Ultra Power terbitan Resign Publications. Mengikut kenyataan dari kementerian tersebut, warta larangan tersebut berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Berikut adalah punca kenapa komik Ultraman The Ultra Power dilarang oleh KDN :
Catat Ulasan