Antara Perkara-Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat
1. Membaca surah Al-Kahfi
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
2. Mandi dan bersihkan diri bagi orang yang akan mengerjakan solat jumaat.
Sabda baginda yang bermaksud,
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
3. Memotong kuku jika panjang,memotong rambut yang panjang,mencukur bulu ketiak,menggunting misai dan mencukur bulu ari-ari.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Memakai wangi-wangian
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
5. Memakai pakaian yang elok dan bersih. Sebaiknya pakaian berwarna putih,
6. Datang awal ke masjid ke masjid bagi melakukan ibadah-ibadah kepada Allah.
7. Memberi sepenuh tumpuan dan pendengaran pada khutbah dan nasihat yang disampaikan oleh khatib serta mengambil pengajaran dan seterusnya diamalkan.
8. Memperbanyakkan selawat keatas Nabi SAW,siang dan malamnya.Memang sepanjang masa kita disuruh berselawat ke atas Nabi SAW,namun pada hari jumaat ia lebih digalakkan lagi oleh agama.Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi saw pada hari jumaat ialah akan mendapat pahala dan beroleh syafaat Nabi saw pada hari kiamat nanti.
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Apabila kamu berada pada hari jumaat dan malam jumaat,maka hendaklah kamu memperbanyakkan selawat ke atasku."
(riwayat Muslim)
.
Catat Ulasan