Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Tanda-Tanda Kanser Payudara

Isnin, 17 Februari 20144comments

Tanda-Tanda Kanser Payudara


Tanda-tanda Kanser Payudara
Kanser payudara adalah antara kanser yang paling utama di Malaysia. Di Malaysia, golongan wanita berumur dalam lingkungan usia 50-59 tahun adalah golongan yang kerap mengidap kanser payudara. 95% pengidap kanser payudara adalah dari kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun. Kaum lelaki juga berisiko mengidap kanser payudara tetapi insidennya terlalu rendah iaitu cuma 1% daripada keseluruhan kes kanser payudara.

Tanda-tanda Kanser Payudara

Berikut adalah tanda-tanda kanser payudara :



  • Terdapat ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang menjadi tidak rata.
  • Kulit pada payudara kelihatan berbintik, kemerahan  dan keras.
  • Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.
  • Puting susu tenggelam ke dalam payudara.
  • Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.
  • Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara
  • Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak
  • Hilang selera makan dan turun berat badan
  • Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang, sakit kepala dan lain-lain lagi.

Jika terdapat tanda-tanda di atas ke atas diri anda, segeralah berjumpa pakar perubatan.


[ Lagi Info Kesihatan : Petua Merawat Resdung ]


Share this article :

+ comments + 4 comments

19 Februari 2014 pada 10:09 PTG

hoh,,thanks for sharingg..bole jadikan panduan :)

19 Februari 2014 pada 11:01 PTG

terima kasih.... jom kita cek selalu...

Letak Link anda disini : Exchange Link.

11 Mei 2014 pada 1:22 PG

kadang-kala kita tak perasa ia ada......

23 Oktober 2014 pada 3:30 PG

Terima kasih satu perkongsian yang menarik dan manfaat..
By:Aminin[dot]My

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger