Tips Kurangkan Berat Badan
Di sini adalah beberapa tips kurangkan berat badan :
1. Jika anda berasa lapar, adalah disyorkan anda meminum 1 gelas air masak terlebih dahulu. Jika anda masih terasa lapar selepas beberapa minit meminum 1 gelas air masak, barulah anda makan dan makanlah makanan yang seimbang. Air sebenarnya membantu badan anda dalam proses membakar kalori dan meningkatkan metabolisma badan. Apabila badan anda membakar kalori, tubuh badan anda akan mengeluarkan toksin. Air membantu untk menbuang toksin di dalam badan melalui sistem perkumuhan.
2. Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dengan kuantiti yang banyak.
3. Jangan lupa untuk bersarapan pagi. Bersarapanlah dengan makan yang sihat dan seimbang.
4. Makan dalam kuantiti yang sedikit. Kerap kali makan dalam sehari tidak mengapa asalkan setiap kali makan ambil jumlah makanan dalam kuantiti yang sedikit.
5. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Setiap sesi senaman tidak kurang dari 20 minit.
6. Jangan makan selepas jam 8 malam. Jika berasa lapar selepas dari jam 8 malam, minum air kosong atau makan buah-buahan.
7. Kurangkan makanan berkarbohidrat. Ingat jangan sesekali tinggalkan makanan berkarbohidrat. Cuma kurangkan sahaja. Karbohidrat membekal tenaga kepada badan kita, tetapi tenaga yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak.
8. Kurangkan makan makanan yang masin.
Bagi anda yang ingin kurangkan berat badan, disiplinkan diri anda untuk amalkan 8 perkara di atas agar mendapat berat badan yang ideal.
[ Baca lagi - Cara Hilangkan Tahi Lalat ]
Catat Ulasan