Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Cara Hilangkan Tahi Lalat Secara Semulajadi

Sabtu, 15 Februari 20140 comments

Cara Hilangkan Tahi Lalat Secara Semulajadi


Tahi lalat adalah sebahagian daripada kulit yang tumbuh disebabkan pengaruh pigmentasi. Biasanya berwarna kecoklatan atau kehitaman. Ada yang melekat rata pada kulit dan ada yang timbul.

Ada tahi lalat yang memberi kesan positif kepada individu. Contohnya menjadikan senyuman lebih manis, wajah sedap mata memandang. Namun ada juga tahi lalat yang menggangu penampilan seseorang. Apalagi jika tahi lalat iu besar dn timbul. Boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Selain itu, ada tahi lalat yang menunjukkan kanser kulit.

Oleh itu, ada yang sanggup melakukan pelbagai treatment bagi hilangkan tahi lalat. Treatment ini bukanlah murah, boleh mencecah ribuan ringgit. Tentu anda tertanya-tanya, ada tak cara hilangkan tahi lalat dengan kos yang menjimatkan.

Disini kami ingin kongsikan beberapa cara hilangkan tahi lalat secara semulajadi yang mungkin anda boleh cuba.

Cuka Epal



Ambil semangkuk air panas. Kemudian masukkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam air panas itu. Ambil kapas dan rendamkan ke dalam larutan cuka epal. Kemuadian tekankan kapas pada tahi lalat selama 20-30 minit. Bilas dengan air sejuk.

Bawang putih
Tumbuk bawang putih hingga halus. Letakkan bawang putih tadi pada tahi lalat dan biarkan semalaman. Kandungan sulfur pada bawang putih akan membantu menghilang tahi lalat. Lakukan selama beberapa kali hingga tahi lalat betul-betul hilang.

Lidah buaya
Ambil lendir pada daun lidah buaya dan sapukan pada tahi lalat. Biarkan selama 2-3 jam sebelum dicuci. Ulangi langkah ini selama 3-4 hari.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger