Resepi Kek Coklat Kukus Moist
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek coklat kukus moist
Bahan-bahan (A)
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 biji telur (pastikan telur berada pada suhu bilik)
Cara-cara membuat kek coklat kukus moist
- Bahan-bahan B diayak dan diketepikan.
- Bahan-bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan diletak di atas dapur dengan menggunakan api kecil. Kacau hingga sebati dan sejukkan.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Masukkan bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur. Kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
- Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
- Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
- Angkat dan curahkan ganache ke atas kek.
- Apabila kek sudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Bahan-bahan Topping / Ganache
Bahan-bahan
- 300 gm coklat masakan - dipotong kecil
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter
- Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
- Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.
- Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
- Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.
Catat Ulasan