Cara-cara Memakai Selendang
Mengikut arus perkembangan fesyen, pemakaian selendang juga boleh digayakan dengan pelbagai cara. Tutorial di buahtopoh.blogspot.com kali ini adalah cara-cara memakai selendang.
Cara Memakai Selendang 1 :
Keperluan : anak tudung syria, selendang, kerongsang, jarum peniti
1. Pakaikan anak tudung syria di kepala dan pastikan selendang pada bahagian kanan lebih panjang dari sebelah kiri.
2. Bawa selendang pada bahagian kiri ke sisi bahu kanan dan pinkan dengan kemas.
3. Ambil selendang pada bahagian kanan dan pusingkan ia sebelum di bawa ke atas kepala.
4. Tarik selendang hingga kemas dan kemudiannya pinkan jarum peniti di sisi atas kepala.
5. Akhir sekali pada hujung selendang tersebut, sematkan dengan jarum pada sisi telinga kanan.
Cara Memakai Selendang 2 :
Keperluan : anak tudung syria, selendang, kerongsang, jarum peniti.
1. Pakaikan anak tudung syria di kepala. Kemudian ambil selendang dan pastikan bahagian kanan selendang lebih panjang dari sebelah kiri. Setelah itu sematkan kerongsang pada bawah dagu.
2. Seterusnya bawa selendang pada bahagian kiri ke bahu kanan dan pinkan dengan kemas.
3. Kemudian ambil selendang pada bahagian yang panjang dan lipat secara bertindih seperti lipatan kipas.
4. Bawa ke sisi bahu kiri dan sematkan dengan jarum peniti.
5. Akhir sekali boleh juga sematkan kerongsang bermanik atau berbunga pada sisi telinga.
Cara Memakai Selendang 3
Keperluan : anak tudung syria, selendang, kerongsang, jarum peniti.
1. Pakai anak tudung syria di kepala. Ambil bahagian hujung bucu selendang dan letakkan di bahagian tengah kepala. Selepas itu pinkan dengan kemas.
2. Ambil bahagian selendang yang panjang dan bawa ke atas kepala.
3. Kemudian pinkan pada sisi telinga kanan.
4. Untuk lebih kemas, pinkan juga pada sisi telinga kiri.
5. Seterusnya bawa selendang ke atas kepala dan pastikan yang hujung selendang yang bercorak terletak di sisi kepala kanan.
6. Akhir sekali sematkan pin pada hujung selendang tadi.
Cara memakai selendang 4
1. Ambil selendang segitiga dan pastikan bahagian kanan lebih panjang dari sebelah kiri. Sematkan selendang dengan kerongsang kecil pada bahagian belakang tengkuk dengan menggunakan bahagian paling hujung selendang.
2. Bawakan bahagian selendang yang lebih panjang ke bahu kiri.
3. Seterusnya bawakan bahagian selendang yang panjang itu ke bahagian atas kepala sehingga ke sebelah kanan sisi telinga.
4. Sematkan jarum peniti pada lebihan selendang di bahagian sisi telinga kanan.
Di atas adalah 4 cara memakai selendang yang boleh anda cuba untuk digayakan ke tempat kerja atau bersiar-siar.
Catat Ulasan