Cara Kurus Badan Dengan Cepat
Badan yang dipenuhi lemak-lemak yang tidak diingini bukan saja mencacatkan penampilan malah boleh mengundang risiko pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah cara kurus badan yang selamat dan cepat :
1. Berlari
Jadikan ia sebagai rutin di setiap pagi. Selain memastikan anda kekal aktif di siang hari, berlari juga mampu membakar kalori di badan sehingga tiada penumpukan lemak.
2. Tidur
Salah satu cara untuk membakar lemak dengan efisien adalah tidur. Disyorkan tidur selama 6-7 jam setiap malam untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Tidur lewat mencederungkan anda untuk lapar dan mencari makanan di lewat malam.
3. Teh hijau
Salah satu carar kurus badan dengan cepat adalah mengamalkan meminum teh hijau 2-3 cawan sehari. Teh hijau bukan saja membantu membakar lemak dengan cepat malah mengurangkan risiko kanser.
4. Naik turun tangga
Kurangkan penggunaan lif atau escalator, banyakkan menggunakan tangga.
5. Jangan tidak makan
Tidak makan semata-mata untuk kuruskan badan adalah cara diet yang salah. Janagn biarkan diri anda kelaparan kerana anda akan lebih cenderung untuk makan dengan banyak selepas itu.
6. Makan dalam kuantiti atau jumlah yang kecil
Jangan makan melebihi 600 kalori setiap kali makan.
7. Makan tepat pada waktu
Salah satu cara yang terbaik untuk membakar lemak adalah makan tepat pada waktu. Makan 5-6 kali sehari tetapi pada jumlah makanan yang sedikit.
8. Minum banyak air.
Minum air dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari. Setelah melakukan aktiviti senaman, pastikan anda meminum air dengan banyak kerana ia membantu membakar lemak dengan cepat.
Di atas adalah beberapa cara kurus badan yang boleh dilakukan ddan diamalkan.
[ Baca lagi - tips kurangkan berat badan ]
Catat Ulasan