Punca dan Rawatan Kanser Payudara
Kanser payudara adalah kanser yang paling meluas di kalangan wanita seluruh dunia. Mengikut kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan adalah pada tahap kritikal dan sukar untuk dipulihkan serta berkeungkinan besar boleh membawa maut.
Simptom-simptom atau tanda-tanda kanser payudara boleh dirujuk di sini >> Tanda-Tanda Kanser Payudara
Punca kanser payudara yang sebenar tidaklah diketahui. Namun, faktor-faktor yang menyebabkan punca kanser payudara terhadap seseorang wanita adalah :
- Usia meningkat
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
- Telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
- Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
Peringkat-peringkat kanser payudara adalah seperti berikut :
Peringkat 0
Kanser yang tidak menyerang tisu-tisu yang berhampiran. Kanser pada peringkat ini tidak keluar dari kawasan ia bermula.
Peringkat 1
Kanser berupaya menyerang tisu-tisu yang berhampiran. Lump atau ketulan bersaiz 2 cm atau kurang. Tidak melibatkan serangan pada bahagian lympnode.
Peringkat 2
Kanser payudara pada peringkat ini terbahagi kepada 2 bahagian :
- Tumor tidak dikesan pada payudara tetapi sel kanser dikesan terdapat dalam lympnode pada bahagian bawah ketiak atau saiz tumor adalah 2cm hingga 5cm dan sel kanser tidak terdapat pada lympnode.
- Saiz tumor antara 2cm hingga 5cm dan sel kanser telah merebak ke lympnode atau saiz tumor melebihi 5cm tetapi belum merebak ke lympnode.
Peringkat 3
Pada peringkat ini, kanser boleh dibahagi kepada 3 bahagian :
- Tiada tumor pada bahagian payudara namun sel kanser dijumpai melekat diantara 2 atau lebih lympnode atau sel kanser telah merebak kebahagian lympnode berdekatan dengan tulang struktur payudara. Atau sebarang ukuran saiz tumor dan sel kanser telah merebak ke bahagian lebih dari satu lympnod-*-e dalam keadaan melekap antara satu sama lain atau melekap pada struktur lain.
- Sebarang tumor yang telah merebak kebahgian dinding dada atau kulit payudara dan telah merebak ke lebih dari satu lympnode yang melekap antara satu sama lain atau melekap pada struktur payudara atau sel kanser telah merebak ke lympnode berhampiran struktur tulang payudara atau melekap padanya. Berlaku keradangan tumor dimana kulit payudara menjadi kemerahan. Payudara membengkak dan terasa panas. Kanser telah merebak ke lympnode dan sel kanser terdapat dalam kulit payudara.
- Tiada tanda sel kanser terdapat dalam payudara atau jika terdapat tumor berukuran sebarang saiz dan sel kanser dikesan terdapat pada lympnode dan juga dinding dada dan dibahagian kulit payudara. Dan sel kanser telah merebak samada kebahagian atas atau bawah lympnode tulang selangka. Dan sel kanser telah merebak ke rangkaian lympnode atau lympnode berhampiran tulang struktur payudara.
Peringkat 4
Pada peringkat ini sel kanser telah keluar dari payudara dan menyerang lympnode yang jauh samada lympnode organ2 seperti kulit,hati,otak atau tulang.atau menyerang organ-organ itu sendiri dan biasa disebut kanser yang telah bermestasis. Juga termasuk dalam peringkat ini kanserkanser yang berulang atau recurrence.
Rawatan Kanser Payudara
Rawatan kanser payudara yang utama adalah melalui pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.
Bergantung kepada tahap dan jenis tumor, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.
Selain itu, kaedah alternatif rawatan kanser payudara adalah melalui :
1.Vitamin B17
2.Protocel
3.Taheebo Life Tea
4.Enzyme Theraphy
Kaedah alternatif rawatan kanser payudara adakalanya mengambil masa untuk bertindak balas. Ianya bergantung kepada tahap kanser tersebut. Sesetengah kaedah alternative bertindak balas dengan pantas pada tahap kanser 4 atau yang telah bermestasis.
[ Lagi info kesihatan : Tanda-tanda kanser payudara ]
Catat Ulasan