Tarikh Terima Bayaran BR1M 3.0 2014
Seramai 5.4 juta penerima BR1M yang telah mengemaskini maklumat akaun bank akan menerima bayaran BR1M 3.0 terus ke dalam akaun secara serentak pada 22 Februari 2014 sebaik sahaja program BR1M dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Aminuddin Baki.
Manakala 2 juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula dari 23 Februari 2014.
[ Lagi Info - Permohonan Skim MyHome ]
Catat Ulasan