Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Cara-cara Solat Sunat Dhuha

Khamis, 2 Januari 20140 comments

Cara-cara  Solat Sunat Dhuha


Solat Dhuha
Waktu solat sunat Dhuha :

Secara mudah, batas waktu untuk melakukan solat sunat dhuha adalah antara pukul 7.30 pagi sehingga 1.00 petang.

Berdasarkan sepotong hadis Nabi S.A.W yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan :
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya."

Mengikut huraian Imam Nawawi, masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu antara pukul 10:00 pagi hingga 1:00 petng (Rujukan : Kitab al-Majmu’).


Jumlah rakaat solat sunat Dhuha :

Solat sunat Dhuha dilakukan sebanyak 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah dua rakaat satu salam.


Niat solat sunat Dhuha :

Niat Solat Sunat Dhuha
Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala


Bacaan dalam solat sunat Dhuha :

Rakaat pertama :
  • Baca al-Fatihah
  • Baca mana-mana surah pendek (lebih elok baca surah as-Syams)

Rakaat kedua :
  • Baca al-Fatihah
  • Baca mana-mana surah pendek (lebih elok baca surah ad-Dhuha)



Doa selepas solat Dhuha :

Mintalah pada Allah agar dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan. Mintalah apa-apa yang diingini dan mengadulah pada Allah. Atau, berdoalah dengan  doa dibawah :

Doa solat Sunat Dhuha
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, perlindungan adalah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam bumi maka keluarkanlah, jika sulit maka permudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika jauh maka dekatkanlah, berkat kebenaran waktu dhuha-Mu, keindahan-Mu, kebagusan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, berikanlah aku apa saja yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang Soleh.

Kelebihan solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan di awal hari agar kita dapat mempersiapkan mental untuk menghadapi sebarang rintangan atau halangan yang mungkin akan dihadapi ketika melakukan sebarang pekerjaan. Kita boleh memohon kepada Allah S.W.T. agar segala kegiatan atau aktiviti yang akan kita lakukan memberi manfaat, kebaikan, kemudahan dan keberkatan dari Allah.

Ini akan membuatkan minda dan hati menjadi tenang dan lapang yang akan membawa pengaruh positif dalam setiap perkara yang kita lakukan. Seterusnya potensi diri kita akan ke tahap yang lebih optimum.

Lakukanlah solat sunat Dhuha ini secara berterusan, kerana solat sunat Dhuha mampu mendatangkan pertolongan dari Allah.



Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger