Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Kek Coklat Cheese

Khamis, 2 Januari 20140 comments

Resepi Kek Coklat Cheese


kek coklat cheese

Bahan-bahan untuk membuat kek coklat cheese
  • 380g biskut oreo - krim dikeluarkan kemudian dihancurkan
  • 50g butter - dilembutkan
  • 50g madu
  • 100g sour cream
  • 100g gula
  • 600g cream cheese
  • 1/2 biji lemon diparut kulitnya
  • 4 biji telur dipukul



Cara-cara membuat kek coklat cheese
  1. Alas dasar acuan bulat berukuran 8 inci. Griskan dan sapu sedikit tepung pada bahagian tepi acuan.
  2. Panaskan oven pada suhu 150 °C
  3. Di dalam mangkuk besar, campurkan 300g biskut oreo yang dihancurkan bersama butter dan madu. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti. Tekan adunan ke dasar acuan tadi.
  4. Di dalam mangkuk besar yang lain, kacau sour cream, cream cheese, gula dan parutan kulit lemon hingga licin. Dengan perlahan-lahan masukkan telur hingga sebati.Kaup balikkan baki biskut yang dihancurkan, kemudian tuangkan ke dalam acuan.
  5. Bakar selama 30 minit hingga kek keras. Biarkan sejuk dalam acuan.
  6. Tuangkan ganache coklat ke atas kek keju yang disejukkan di dalam acuan. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4-5 jam, kemudian keluarkan dari acuan. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk membuat ganache coklat
  • 100ml whipping cream
  • 180g coklat gelap dicincang

Cara-cara membuat ganache coklat
  1. Di dalam periuk kecil, panaskan whipping cream. Apabila mula berbuih, angkat dari api. Kemudian masukkan coklat dan kacau. Biarkan sejuk.
  2. Simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit sebelum digunakan.



Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger