Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

TV Gergasi 110 Inci Samsung Bakal kuasai Pasaran 2014

Rabu, 1 Januari 20140 comments

TV Gergasi 110 Inci Samsung Bakal kuasai Pasaran 2014


Samsung Ultra HD TV 110 Inch 4K TV
Samsung baru-baru ini telah pun melancarkan Tv gergasi, Samsung 110 inci TV 4K beresolusi 3840x2160 yang saiznya hampir sama dengan katil bersaiz king. Elektronik gergasi ini dijual pada harga $152,000 (hampir mencecah RM500,000) di Korea Selatan.

Buat masa ini, Samsung 110 inci TV 4K ini hanya berada di dalam pasaran Korea Selatan, China dan Timur Tengah. TV ultra definasi tinggi (UHDTV) ini mempunyai 4 kali ganda resolusi TV definasi tinggi (HDTV), memaparkan 8 juta pixel berbanding 2 juta pixel.




Imej yang dipaparkan oleh UHDTV ini adalah dalam resolusi 3840x2160, iaitu hampir menyamai imej yang dipaparkan pada layar di pawagam, iaitu 4096x2160.

TV 4K ini juga adalah TV pintar, ia mempunyai akses kepada aplikasi video streaming seperti YouTube, Neftlix, Amazon dan Hulu Plus.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger