Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Nasi Tomato Sedap

Rabu, 1 Januari 20140 comments

Resepi Nasi Tomato Sedap


nasi tomato sedap
Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato

Bahan A
  • 5 cawan beras dicuci dan ditoskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato dicincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • 6 cawan air
  • Daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai
  • 1 kotak kecil kismis

Bahan B (Ditumis)
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 5 biji bawang merah dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang



Cara-cara membuat nasi tomato
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumiskan bahan B, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomato dan garam. Gaul rata. Tambahkan kismis, susu cair, air. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan bahan-bahan tunis tadi ke dalam beras di dalam periuk nasi. Biarkan masak.
  4. Apabila nasi sudah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.
  5. Nasi tomato ini boleh dihidangkan dengan ayam masak merah, dalca atau kerabu timun.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger