Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

7 Ciri-ciri Isteri Yang Selalu Diceraikan

Selasa, 31 Disember 20130 comments

7 Ciri-ciri Isteri Yang Selalu Diceraikan


Ciri-ciri Isteri Yang Sentiasa Diceraikan
Di bawah adalah 7 ciri-ciri isteri yang selalu diceraikan :

1. Tidak mempunya rasa malu . Isteri yang tidak berasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah atau dilarang oleh Allah S.W.T. Tidak bertakwa dan sering melakukan kemaksiatan.

2. Isteri yang pengotor (Ausyarah). Ini termasuklah isteri yang tidak pandai mengatur rumah, malas untuk mengemas atau menghias diri serta malas untuk melakukan sebarang perkara hinggakan diri sendiri, anak-anak dan rumah kotor dan tidak selesa.

3. Asysyakasah (berani/mencabar). Isteri yang suka membebankan suami di atas perkara-perkara yang di luar kemampuan suami sehingga mendorong suami melakukan perkara-perkara yng dimurkai Allah S.W.T.

4. Innah (berani/mencabar). Isteri yang enggan atau tidak mahu diperintah oleh suami untuk melakukan kebaikan. Tidak takut melanggar apa yang telah diperintahkan dan menentang suami dengan tetap melakukan maksiat.




5. Bitnah iaitu mementingkan isi perut dan banyak menuntut. Tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Sentiasa mengumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tidak kehabisan. Langsung tidak terlintas untuk memberi sumbangan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Untuk memenuhi tuntutan nafsunya, si isteri mendorong suami untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.

6. Bahriyah, kategori isteri yang sentiasa mendorong suami untuk membuat kejahatan dan selalu menghalang suami membuat kebaikan. Selalu mencerca dan mengadu tentang ekonomi rumah tangga sekiranya melihat suami mengasingkan beberapa peratus dari pendapatan untuk zakat dan infak sehinggakan suami menjadi ragu-ragu.

7. Isteri yang tidak aktif atau malas untuk membuat sebarang perkara. Tidak mempunyai niat atau keinginan untuk membantu suami. Malas atau tidak berkeinginan untuk menambah ilmu duniawi dan ukhrawi.

Oleh itu, bagi para isteri di luar sana, marilah kita bermuhasabah diri dan menghindari ciri-ciri isteri yang sering diceraikan yang disebutkan di atas agar kita menjadi isteri yang solehah, mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, kehidupan yang gembira dan sentiasa di rahmati oleh-Nya.



Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger