Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Pantang Larang Semasa Mengandung

Selasa, 4 Februari 20140 comments

Pantang Larang Semasa Mengandung


pantang larang semasa mengandung
Pantang larang semasa mengandung yang ingin dikongsikan ini adalah sebahagian daripada pantang larang orang-orang tua. Harus diingatkan, janganlah kita terlalu taksub atau terlalu percaya dengan pantang larang semasa mengandung ini.

Pantang larang semasa mengandung :

1. Jangan sesekali meminum air nanas atau air kelapa pada trimester pertama. Ini bagi mengelakkan keguguran.

2. Dilarang mengikat mati tali, benang, plastik atau sebagainya. Jika berbuat demikian, dikhuatiri akan mengalami kesukaran ketika proses melahirkan nanti.

3. Dilarang mengetuk dinding rumah, dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim.

4. Jangan mandi di waktu malam. Jika berbuat demikian dikhuatiri air ketuban akan berlebihan dan seterusnya memudaratkan bayi di dalam kandungan.

5. Dilarang minum ais dengan banyak. Ini bagi mengelakkan bayi di dalam kandungan membesar dan sukar untuk dilahirkan. Ada juga mengatakan jika meminum ais dengan banyak, bayi mudah dijangkiti demam kuning.

6. Elakkan daripada minuman berkafein atau bergas. Dikhuatiri minuman ini akan menyebabkan mudahnya berlaku keguguran.




7. Dilarang melilit tuala pada rambut atau leher. Perbuatan ini akan menyebabkan tali pusat akan melilit leher bayi di dalam kandungan.

8. Kurangkan memakan buah oren keranna dikhuatiri bayi yang dilahirkan akan mempunyai kahak yang banyak.

9. Elakkan daripada membuat kerja-kerja menjahit. Ini kerana dikhuatiri tali pusat bayi akan terbelit dan menyukarkan proses kelahiran.

10. Segera beristighfar apabila terlihat benda-benda pelik bagi elakkan bayi mengenan.

11. Kurangkan memakan buah pisang. Pisang dikatakan akan menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

12. Jangan memburu atau membunuh binatang. dikhuatiri suakr untuk bersalin.

13. Dilarang memakan betik muda kerana getahnya boleh menyebabkan berlaku keguguran.

Ini sebenarnya sebahagian sahaja pantang larang semasa mengandung dari orang-orang tua. Yang pastinya, masih banyak pantang larang yang boleh di dengar di luar sana.


[Petua kempiskan perut]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger