Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Kek Keju Meleleh (Lava Cheese Cake)

Isnin, 16 Disember 20130 comments

Resepi Kek Keju Meleleh

resepi kek keju meleleh
Bahan-bahan untuk kek keju meleleh:

  • 4 biji telur
  • 2 biji telur kuning
  • 100g gula kastor
  • 100g tepung gandum
  • 60g tepung jagung
  • 50g air sejuk - air yang betul-betul sejuk
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sudu besar ovalette
  • 75g mentega yang dicairkan


Bahan-bahan untuk krim cheese

  • 1 kotak cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1/4 cawan susu cair

Cara-cara : Campurkan kesemua bahan dan putar hingga adunan menjadi licin.

Bahan untuk topping :

  • 1/2 kotak cheddar cheese - diparut




Cara-cara membuat kek keju meleleh :

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  2. Sediakan loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak.
  3. Bakar di dalam oven selama 45 minit pada suhu 150 C.
  4. Bila kek sudah masak, biarkan ia sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian terbalikkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
  6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  7. Akhir sekali taburkan cheddar cheese yang telah diparut keseluruh kek sebagai topping.
  8. Masukkan kek ke dalam peti sejuk selama 2 jam.


Lagi pelbagai jenis resepi kek di sini.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger