Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Petua Melebatkan Rambut

Isnin, 16 Disember 20130 comments

Petua Melebatkan Rambut

petua melebatkan rambut
Rambut merupakan mahkota bagi wanita dan mempunyai rambut yang lebat menjadi idaman setiap wanita. Daripada menghabiskan wang ringgit yang banyak membeli produk-produk melebatkan rambut, apakata anda mencuba petua melebatkan rambut ini ;

1. Ambil kacang hijau dan direndam untuk semalaman. Kemudian tapis kacang hijau dan ambil airnya untuk disapu di kepala sambil picit perlahan-lahan. amalkan sehingga kelihatan anak-anak rambut yang baru tumbuh.

2. Ambillah daun bunga raya muda dan lidah buaya. Basuh kedua-duanya hingga bersih, kemudian dikisar hingga hancur. Lumurkan di atas kepala dan dibiarkan selama 1 jam. Kemudian cuci dengan air suam hingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

3. Ambil sebiji kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama lebih kurang 1 jam agar patinya naik. Kemudian sapulah di kepala anda. Kemudian balut kepala dengan tuala selama 30 minit sebelum dicuci.





4.  Ambil minyak bijan. Kemudian dicampurkan dengan bunga melur dan daun pandan. Sapukan ke kepala. Amalkan selalu.

5. Ambil sebiji buah betik yang masak. Belah dan ambil bijinya sahaja. Kemudian jemur biji betik hingga betul-betul kering. Selepas itu, goreng biji betik selama beberapa minit dan kemudian ditumbuk halus. Campurkan biji betik ke dalam sebotol minyak kelapa. Sapu di kulit kepala. Amalkan selalu.

Di atas merupakan 5 petua melebatkan rambut yang mudah untuk diamalkan dan amat menjimatkan kos. Selamat mencuba.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger