Petua Sakit Gigi
Sakit gigi amatlah memeritkan dan menyeksakan. Segala aktiviti tidak mampu dilakukan jika sakit gigi.Ada yang menelan panadol atau ubat penahan sakit bagi mengurangkan sakit gigi. Selain dari bahan-bahan kimia ini, anda boleh mencuba beberapa petua sakit gigi secara tradisional.Antara petua sakit gigi yang oleh anda cuba adalah :
1. Ambil sedikit kapur sireh dan kunyah pada gigi yang sakit hingga lumat. Amalkan hingga rasa sakit gigi itu hilang.
2. Belimbing buluh. Makan belimbing buluh dengan sedikit garam.
3. Jika sakit gigi disebabkan gigi geraham berlubang, ambil seulas bawang putih dan ditumbuk hingga lumat bersama sedikit cuka. Ambil bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan ke dalam lubang pada gigi geraham itu.
4. Juga untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan menggunakan putik kapas.
5. Bagi gigi yang berlubang, ambil 3 kuntum bunga cengkih, tumbuk dan masukkan ke dalam lubang pada gigi yang berlubang. Kemudian tutup dengan kapas.
6. Ambil 3 kuntum bunga cengkih dan gigit pada gigi yang sakit.
7. Ambil sedikit cuka dan campurkan dengan segelas air suam. Berkumur dan amalkan hingga rasa sakit gigi itu hilang.
Selamat mencuba.
+ comments + 1 comments
Wah..nak sakit gigi pun ada petua ke?
Catat Ulasan