10 Hantu Paling Seram Di Dunia
Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Apakah hantu paling seram bagi mereka?Jom kita lihat 10 hantu paling seram di serantau dunia.
10. Changeling
Makhluk yang dipanggil Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali. Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza. Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup dengan akan dan akan membawa bencana kepada anda.
09. Incubus
Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemukan sasarannya, incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Saat mengandungkan anak incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat incubus di alam ghaib.
08. Wendigo
Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan berupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.
07. Doppelganger
Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan takat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.
06. Bloody Mary
Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal. Untuk memanggil hantu Bloody Mary ini, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.
05. Banshee
Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan mengangis di belakang orang yang akan meninggal.
04. Rugaru
Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30 an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Ketidak normalan ketika ingin menjadi rugaru adalah dia sentiasa beras lapar dan memakan apa saja dihadapannya hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.
03. Yurei
Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil "Hitodama". Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam.Sentiasa haus akan darah manusia dan
02. Aswang
Hantu paling seram erasal dari Filipina. Pada siang hari ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang rasaksa hitam.
01. Zombie
Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup, manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit daging, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran dari zombie akan turut bertukar menjadi zombie,
Catat Ulasan