Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Tips Elakkan Senggugut Ketika Datang Haid

Sabtu, 8 Februari 20140 comments

Tips Elakkan Senggugut Ketika Datang Haid


hilangkan senggugut
Senggugut atau 'dysmenorrhea' adalah perkara biasa dialami oleh sesetengah wanita ketika datang haid. Senggugut yang serius boleh mengakibatkan kekejangan di bahagian otot perut sehingga menggangu aktiviti harian.

Di sini dikongsikan beberapa tips bagi mengelakkan senggugut ketika datang haid :

Minum air dengan jumlah yang mencukupi.
Air adalah salah satu elemen yang penting untuk tubuh badan. Pastikan anda meminum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Meminum air dengar jumlah yang mencukupi setiap hari bukan saja membantu proses penghadaman malah dapat  mencegah penyimpanan air berlebihan di dalam badan yang juga disebabkan oleh perubahan hormon pada setiap bulan.

Senaman ringan.



Senaman ringan dapat melegakan dan meregangkan otot-otot badan daripada keadaan tertekan. Amalkan melakukan senaman ringan setiap hari.

Pemakanan berkalsium
Kalsium diperlukan sekurang-kurangnya 1,200mg setiap hari. Kalsium dapat mengelakkan kekejangan otot yang sering melanda ketika awal kedatangan haid. Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah susu, yogurt, kobis dan brokoli.

Kurangkan pengamilan makanan segera dan minuman berkafein
Seboleh-bolehnya kurangkan memakan makanan segera dan minuman berkafein. Ia menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Ini akan menyebabkan perut akan berasa tidak selesa. Kafein akan menyebabkan saluran darah mengecut seterusnya menyebabkan berasa sakit pada bahagian abdomen yang boleh menjadi penyebab kepada kekejangan otot.

[Info kesihatan - Tanda demem denggi]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger