Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Nasi Lemak Mudah

Sabtu, 14 Disember 20131comments


Resepi Nasi Lemak

Resepi Nasi Lemak Mudah


Bahan-Bahan Untuk Nasi Lemak
  • 500g beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 cawan santan
  • 5 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (dimayang)
  • Garam secukup rasa.


Bahan Untuk Sambal Nasi Lemak
  • 2 cawan ikan bilis (dibersihkan dan direndam sebentar)
  • 20 tangkai cili kering (dikisar halus)
  • 3 labu bawang besar dikisar halus
  • Sedikit belacan dikisar halus
  • 1 can air asam jawa
  • 2 labu bawang besar dimayang kasar
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu teh minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya




Cara Membuat Nasi Lemak
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan.
  2. Apabila nasi sudah kering kacau rata dan tutup semula tudung periuk.
  3. bila sudah masak bolehlah dihidangkan.


Cara Membuat Sambal Nasi Lemak
  1. Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, garam, gula,dan bawang besar.
  3. Masukkan sedikit air, tinggalkan sambal hingga ia mendidih dan pekat dengan api perlahan.
  4. apabila sudah pecah minyak,bolehlah diangkat.


Share this article :

+ comments + 1 comments

18 Disember 2013 pada 9:37 PTG

Sedap nya....

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger