Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Pavlova

Khamis, 26 Disember 20130 comments

Resepi Pavlova


resepi pavlova
Bahan-bahan untuk membuat kek
  • 4 biji putih telur 
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara  untuk membuat kek
  1. Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul telur sehingga berkilat.
  2. Pukul adunan tadi sehingga bertanduk, apabila diangkat adunan tidak meleleh dan kental. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul menggunakan spatula.
  4. Buat bualatan bulat diatas kertas parchment paper.
  5. Bulatkan adunan mengikut bulatan yang telah dilukis.
  6. Bakar pada suhu 150 °C selama 50 minit, masak sehingga warna meringue bertukar coklat muda. Bila dipegang garing diluar dan lembut bahagian dalam. Tutup api oven dan biarkan pintu over terbuka dan biarkan meringue sejuk didalam oven.




Bahan-bahan untuk Topping/hiasan :
  • 240 ml whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus 
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara untuk membuat topping :
  1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kembang dan kental, masukkan gula dan esen vanilla, pukul sehingga gula hancur.
  2. Letakkan whipping cream diatas meringue dan hiaskan dengan buah-buahan.
  3. Sedia untk dimakan.

[Resepi untuk kek keju meleleh]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger