Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

32 Fakta Tentang Israel

Khamis, 26 Disember 20130 comments

32 Fakta Tentang Israel


buahtopoh.blogspot.com
1. Hanya bangsa Yahudi yang dibenarkan untuk membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa Yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia secara automatik akan menjadi warga negara Israel.

3. Kenderaan penduduk Palestin yang tinggal di kawasan Israel perlu dicat dengan warna khas bagi membezakan antara bangsa Yahudi dan bangsa lain.

4.  Jerusalem, bahagian timur Tebing Barat Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel

5. Israel membekalkan 85% sumber air bersih kepada 400 penduduk Yahudi di Hebron manakala 15% lagi diagihkan kepada 120,000 penduduk Palestin di daerah itu.

6. Amerika Syarikat menyalurkan dana USD 5 billion setiap tahun seabai sumbangan kepada Israel.

7. Amerika Syarikat memberi bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak USD 1.8 billion setiap tahun, jumlah ini adalah sama banyak dengan jumlah yang di sumbangkan Amerika Syarikat kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika.

8. Amerika Syarikat merupakan negara gabungan utama bagi Israel, oleh sebab itu Amerika wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel bagi menjamin kewujudannya.

9. Amerika syarikat telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan terutamanya pada tahun 1978, 1979, penggunaan senjata nuklear pada 1981 dan perang di Lubnan pada tahun 1982.

10. Antara negara-negara di Timur Tengah, Israel adalah satu-satu negara yang enggan menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear dan menghalang Pasukan Siasatan PBB untuk membuat pemeriksaan ke atas tempat nuklear mereka.





11. Sebelum wujudnya Israel pada tahun 1948, mereka terlebih dahulu memiliki kilang pengembangan senjata nuklear.

12. Pegawai Tinggi Tentera Israel secara terbuka telah mengakui bahawa tentera Israel telah membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa sebarang pengadilan.

13. Pada tahun 1967, Israel telah menyerang kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa. Serangan ini telah mengorbankan seramai 33 orang tentera Amerika dan mencederakan 177 orang. Amerika Syarikat sama sekali tidak melakukan tindakan balas malah mendakwa Israel tersalah sasaran.

14. Israel telah mengabaikan 69 buah resolusi PBB dan merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB.

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga negara itu.

Ariel Sharon
Ariel Sharon
 Perdana Menteri Israel
dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006

16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Israel pada ketika itu, Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla di Lebanon  pada 16 September 1982. Kejadian ini telah membunuh lebih dari 1000 orang rakyat Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga tua

17.  Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel telah menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bas di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, kemudian menembak mereka dari jarah setengah meter. susulan dari kejadian tersebut, tentera Israel itu  mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel.

18. Sehingga tahun 1988, kilang-kilang dan pejabat-pejabat di Israel hanya boleh memaparkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata “pekerjaan hanya untuk bangsa Yahudi”, ”pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”.

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika Syarikat supaya menerbitkan imej Israel yang positif kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

20. Perdana Menteri Israel ada masa itu, Ariel Sharon mengajak Parti Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya. Parti Molodeit adalah sebuah parti berideologi radikal, tujuan parti ini adalah untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.

21. David Ben-Gurion (1886–1973) merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama, beliau juga bersepakat dalam pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel.

22. Ofadya Yosef pengasas Parti Syas iaitu parti ketiga terbesar di Israel dan merupakan rahib besar di Israel menyokong tindakan tentera Israel untuk membunuh warga Palestin. Beliau pernah mengeluarkan fatwa ketika diwawancara di sebuah stesen radio terbesar di Israel yang berbunyi :
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk“

23. Pelarian Palestin adalah pelarian yang terbesar di dunia.

24.  Penduduk Palestin yang beragama Kristian bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajahan yahudi.

25. Walaupun Mahkamah Agong Israel telah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya

26. Walaupun Israel terus terusan menggangu pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, namun secara purata penduduk, warga Palestin paling ramai di dunia yang bergelar doktor falsafah.

27. Mengikut undang-undang antarabangsa Hak Asasi Manusia (HAM) yang diterbitkan pada 10 Disember 1948, setiap manusia dijamin untuk mempunyai hak yang sama. Namun undang-undang ini telah dihalang di Palestin dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO.

28. Mengikut fakta, Israel yang memulakan serangan ke atas negara-negara Arab bagi merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi majoriti buku-buku sejarah mengatakan sebaliknya. Buku-buku sejarah mendakwa negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada tahun 1967 dan Israel membuat serangan balas bagi menjaga kedaulatan mereka.

29. Israel satu-satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva,

30. Perintah dan arahan Perdana Menteri Israel pada ketika itu iaitu Ariel Sharon sudah tidak dituruti oleh tentera Israel. Ini dibuktikan ketika beliau mengarahkan tentera Israel untuk melakukan gencatan senjata dan melarang melakukan tembakan, tetapi tentera Israel terus terusan menyerang, menembak rakyat Palestin dan menghancurkan kediaman mereka.

31. Sejak lebih daripada 50 tahun yang lalu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Israel bagi menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan menghancurkan Qubah As-Sakhrah.

32. Mendiang Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan di Afrika Selatan sebelum beliau memerintah.


[Lagi info-info menarik di bahagian info.]
[Permohonan BR1M 3.0 2014 di sini]

Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger