Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Nasi Ayam

Rabu, 25 Disember 20130 comments

Resepi Nasi Ayam


resepi nasi ayam
Bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat nasi ayam ;

1. Bahan-bahan untuk Ayam:
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana besar)
  • 2 liter air
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih dititik
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 5 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil black pepper
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Cara-cara memasak Ayam
  1. Rebus ayam hingga lembut, angkat dan sejukkan
  2. Perap ayam dengan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, garam, gula, minyak bijan dan black pepper selama 30 minit - 1 jam.
  3. Kemudian goreng ayam sehingga garing.

Bahan-bahan untuk Nasi:
  • 5 cawan beras yang telah dibasuh
  • 2 sudu besar majerin
  • sedikit minyak jagung
  • 1/2 labu bawang besar dipotong dadu
  • 2 inci halia dipotong mancis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1/2 inci kayu manis

Cara-cara masak Nasi
  1. Tumis bawang dan halia dengan majerin dan minyak masak sehingga layu, kemudian masukkan kesemua rempah dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan tumis dan minyak tumis tadi dalam periuk nasi dan masukkan air rebusan ayam sebanyak 5 cawan. Masukkan sedikit garam, masak seperti biasa.

Bahan-bahan  untuk sup
  • air rebusan ayam
  • rempah sup uncang
  • garam
  • daun sup




Cara masak sup
  1. Masukkan rempah sup kedalam air rebusan ayam tadi dan biarkan mendidih dan biarkan rempah sebati, kemudian masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan daun sup.

Bahan-bahan untuk kicap :
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 10 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil black pepper
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

Cara-cara memasak kicap
  1. Tumis bawang puih hingga garing, kemudian masukkan air rebusan ayam, kicap cair, kicap pekat dan sos tiram.
  2. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam, gula dan black pepper secukup rasa. Biarkan mendidih selama 5 minit baru masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.

Bahan untuk sos cili:
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar jus limau
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar cuka
  • garam secukup rasa

Cara-cara umtuk masak sos cili
  1. Kisar cili, bawang dan jus limau hingga hancur.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk bersama cuka, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih.

Bolehlah dihidangkan nasi ayam bersama salad, hirisan timun dan tomato.


[Resepi nasi lemak di sini]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger