Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Rumah Paling Mahal Di Dunia

Isnin, 30 Disember 20130 comments

Rumah Paling Mahal Di Dunia


1. Henley Mansion

Kediaman yang bernilai $218 juta dan terletak di Berkshire, England  ini dimiliki oleh jutawan Rusia. Ianya mempunyai pemandangan yang menakjubkan dengan berlatar belakangkan Sungai  Thames, dan mempunyai 2 padang golf. Bangunan yang berusia 300 tahun ini mempunyai pelbagai kisah termasuklah kisah-kisah yang menyeramkan.

Henley Mansion


2. Updown Court

Terletak di Surrey, England. Pada hari ini, kediaman ini bernilai sekurang-kurangnya $150 juta. Ianya berkejiranan dengan Elton John dan Ratu England.

Updown Court


3. Woolworth Mansion

Kediaman bercirikan neo-Perancis ini terletak di New York dan bernilai $90 juta. Ianya direka bentuk oleh arkitek yang bernama Charles Pierpont Henry Gilbert pada tahun 1916.

Woolworth Mansion


4. Tranquility

Pemilik kediaman mewah ini adalah salah seorang pengasas kepada jenama Tommy Hilfiger, Joel Horowitz. Terletak di atas tanah berkeluasan 210 ekar di Lake Tahoe, Nevada dan bernilai $100 juta. Mempunyai bilik bawah tanah yang menyimpan 3500 botol wine, di dalamnya terdapat kolam renang, atrium dan pawagam yang mempunyai 19 tempat duduk.

Tranquility


5. Maison de L'Amitie

Kediaman mewah di pinggir pantai ini telah dibeli dan diubah suai oleh Donald Trump pada tahun 2004. Mempunyai kolam renang seluas 100 kaki dan dikelilingi oleh taman-taman. Kediaman yang mewah ini bernilai $125 juta.

Maison de L'Amitie


6. Albemarle House

Terletak di atas ladang yang berkeluasan 300 ekar di Charlottesville Virginia. Dibina selepas berlakunya perang saudara di Amerika Syarikat. Kediaman yang mempunyai 8 bilik ini bernilai $100 juta.

Albemarle House


7. One Hyde Park

Bangunan yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan ini terletak menghadap Hyde Park di bandar London. Flat 1 bilik di sini  dikatakan bernilai $11 juta dan penthouse bernilai $200 juta.

One Hyde Park


8. Eurasia, Moscow Manor

Kediaman ini berkeluasan 11,700 kaki persegi, mempunyai 2 buah rumah tamu, pusat rekreasi dan kolam renang. Bernilai $100 juta dan berada berhampiran dengan bandar Moscow, Rusia.

Eurasia, Moscow Manor

9. Hala Ranch

Hala Ranch terletak di Aspen, Colorado. Dibina pada tahun 1991 untuk keluarga Prince Bandar bin Sultan, bekas duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat. Berada di atas estet yang berkeluasan 95 ekar bernilai $135 juta.

Hala Ranch


10. Starwood Estate

Tinggal di Estet yang terletak di Aspen, Colorado ini ibarat anda mempunyai bandar anda sendiri. Mempunyai akses kepada kegiatan luncur salji yang menakjubkan, hartanah yang luas dan rumah yang besar serta bangunan-bangunan kecil di sekitarnya, kandang, gelanggang tenis dan kolam renang. Bernilai $135 juta.

StarwoodEstate





11. Waterfront Estate

Kediaman seluas 30,000 kaki persegi dengan jeti kapal ini terletak di Bosphorus, Istanbul. Ianya dianggarkan bernilai $100 juta dengan 64 buah bilik.

Waterfront Estate, Istanbul


12. Villa La Palladiana

Terletak di Cap d'Ail, Perancis dan menghadap ke arah laut. Mempunyai kolam renang di bahagian luar dan dalam, sauna, dan pusat kecergasan. Bernilai $76 juta.

Villa La Palladiana


13. Fleur De Lys

Rumah kepada Mariah Carey dan Nick Cannon ini terletak di Beverly Hills California. Rumah agam yang diilhamkan dari reka bentuk Perancis ini telah disenaraikan untuk dijual pada harga $ 125 juta. Ia berkeluasan 45,000 kaki persegi dan terletak di atas lima ekar tanah.

Fleur De Lys


14. The Manor

Kediaman mewah yang berada di Beverly Hills, Los Angelas ini adalah kediaman persendirian yang terbesar di Los Angelas County.Ianya telah disenaraikan untuk dijual pada harga $150 juta, tetapi berjaya dibeli pada harga $85 juta oleh Petra Ecclestone pada tahun 2011. Rumah gaya istana Perancis ini memiliki gelanggang boling, gelanggang tenis, 2 kolam renang, kedai gunting rambut, salon kecantikan, spa, taman bertemakan abad ke-18, tempat letak kereta yang boleh menempatkan 100 buah kereta dan banyak lagi.

The Manor


15. Fairfield Pond

Dibina oleh taikun perniagaan Amerika, Ira Rennert. Bernilai $170 juta menjadikan ianya  kediaman yang paling berprestij di Hampston, Amerika Syarikat.

Fairfield Pond


16. The Pinnacle

Ski-lodge di Montana ini bernilai $155 juta. Mempunyai 10 bilik tidur, lantai yang dihangatkan sepanjang jalan masuk, perapian di setiap bilik air, bilik wine bawah tanah yang besar, kolam di bahagian dalam dan luar, gimnasium dan bilik urut.

The Pinnacle Montana


17. Dracula's Castle

Bernilai $135 juta dan terletak di Romania. Pada tahun 1980an ia telah dijadikan sebagai muzium tetapi telah dijual secara persendirian. Mempunyai 57 bilik, 17 bilik tidur dan masih mengekalkan perabot-perabot antik yang unik.

Dracula's Castle


18. Franchuk Villa

Rumah agam di Kensington, London ini bernilai $161 juta. Asalnya adalah sekolah perempuan persendirian, dan selepas dibaik pulih menjadi Victorian estate. Berkeluasan 21,000 kaki persegi dan mempunyai ketinggian 20 kaki. Mempunyai sauna, gimnasium dan movie theatre.

Franchuk Villa


19. Villa Leopolda

Villa ini dibina oleh King Leopold II of Belgium pada tahun 1902 dan kini dimilikki oleh jutawan Rusia, Prokhorov. Dianggarkan bernilai $750 juta dan terletak di French Riviera, Perancis. Mempunyai 27 tingkat, 19 bilik tidur dan ada khabar angin yang mengatakan mempunyi 50 orang tukang kebun yang bekerja sepenuh masa.

Villa Leopolda


20. Antilla

Terletak di Mumbai. Antilla dikatakan rumah paling mahal ketika ini yang bernilai $1 billion. Ianya berkeluasan 40,000 kaki persegi, 27 tingkat dan memerlukan 600 kakitangan untuk menguruskannya. Dimiliki oleh ahli perniagaan petrokimia dan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.

Antilla


Lagi info-info menarik di sini.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger