Cara Solat Sunat Tahajjud
Solat Tahajjud adalah salah satu solat sunat yang sangat besar faedahnya dan keistimewaannya.
Al-Quran menegaskan
"Dan pada sebahagian malam, dirikanlah solat Tahajjud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji."
(Surah Al-Isra [17]:79)
Waktu menunaikan solat Tahajjud
Waktu afdal untuk menunaikan solat sunat Tahajjud adalah 1/3 (satu per tiga) malam yang terakhir.
"Pada suatu malam ada saat-saat tiada seorang muslim yang menemukannya, lalu dia sedang memohon kepada Allah suatu kebaikan, melainkan pasti akan dikabulkan, baik kebaikan yang berkenaan dengan dunia mahupun akhirat, dan saat itu ada pada setiap malam."
(HR. Muslim)
Cara-cara Solat Sunat tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:
“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”
(Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”
(Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
Niat
أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.Pada rakaat Pertama Baca:
Al-Fatihah
Al-Kafirun atau mana-mana surah.
Pada rakaat kedua baca:
Al-Fatihah
Al-ikhlas atau mana-mana surah
Selepas memberi salam, bacalah doa Tahajjud seperti dibawah ;
Kelebihan Solat Tahajjud
- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Catat Ulasan