Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Butter Prawn

Sabtu, 14 Disember 20130 comments

Resepi Butter Prawn


Resepi Butter Prawn
Bahan-bahan untuk butter prawn

  • 500g udang bersaiz besar
  • 2 batang daun kari
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji kuning telur
  • 3/4 cawan susu cair
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa


Cara-cara memasak butter prawn

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang lain, panaskan 2 sudu besar butter hingga cair kemudian masukkan bawang putih bersama daun kari. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkn susu cair, garam dan gula. Kacau sebati.




  3. Kemudian masukkan udang yang separuh masak ke dalam bahan-bahan tadi.Gaul sebati. Goreng hingga udang masak. Setelah masak letakkan di dalam pinggan.
  4. Di dalam kuali yang lain, masukkan 1 sudu besar butter bersama sedikit minyak. Panaskan butter dan minyak dengan api sederhana.
  5. Pastikan kuali yang berisi butter dan minyak tadi betul-betul panas, kemudian masukkan kuning telur. Dengan cepat kacau kuning telur hingga menjadi rambu. Angkat dan sejat.
  6. Taburkan rambu telur ke atas udang tadi.


Lagi resepi di sini


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger