Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Punca Sakit Belakang & Rawatan Sakit Belakang

Jumaat, 28 Februari 20140 comments

Punca Sakit Belakang & Rawatan Sakit Belakang


Punca sakit belakang
Menurut pakar perubatan, sakit belakang terjadi menandakan sesuatu tidak kena dengan saraf kita.

Di antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sakit belakang adalah kedudukan atau postur yang tidak betul, melakukan aktiviti-aktiviti di luar kebiasaan dan amalan gaya hidup yang tidak aktif atau terlebih rehat. Selain itu, duduk terlalu lama juga boleh menyumbang kepada faktor berlakunya sakit belakang. Ketika kita duduk, kita telah memberi tekanan yang tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang.

Tulang belakang kita terdiri daripada 33 tulang vertebra. Ia dibahagi kepada 3 bahagian iaitu vertebra servikal (7 tulang pertama yang bermula dari bahagian bawah tengkorak), vertebra torasik (12 tulang) dan vertebra lumbar (5 tulang dibahagian bawah belakang badan, 5 tulang sakrum dan 4 tulang koksik yang bercantum).

sakit belakang

Di antara setiap tulang terdapat satu cakera yang berfungsi untuk menyerap sebarang hentakan dan menambah keanjalan tulang belakang ntuk dilentur. Selain itu, fungsi cakera pada tulang belakang adalah untuk menyeimbangkan berat badan.

Punca Sakit Belakang

Beberapa punca sakit belakang yang biasa dialami ialah masalah cakera atau diska tergelincir daripada tulang belakang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Apabila cakera atau diska tergelincir walau sedikit, ia akan menekan saraf seterusnya menyebabkan rasa sakit.



Selain itu, punca sakit belakang juga disebabkan otot yang terlalu lemah atau terlalu tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang. Satu lagi punca sakit belakang yang biasa ialah mengangkat benda-benda berat dengan cara salah.

Selain itu, lain-lain faktor penyumbang kepada punca sakit belakang ialah Obesiti merokok , tekanan atau stress, keadaan fizikal yang tidak elok, postur atau kedudukan badan yang salah, posisi tidur yang tidak betul, dan tiada sokongan daripada tilam ketika tidur.

Rawatan Sakit Belakang

Kaedah rawatan sakit belakang adalah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, kembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang dan mencegah kecederaan daripada berulang.

Salah satu cara rawatan sakit belakang adalah dengan menekap bahagian yang sakit dengan ais selama 20 minit beberapa kali sehari. Ini membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan serta membantu sesetengah individu yang mengalami sakit belakang untuk bergerak.

Cara yang paling berkesan untuk rawatan sakit belakang adalah dengan bersenam. Bersenam dapat mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang disamping menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

Bagi sakit belakang yang kronik, doktor akan memberikan ubat selain terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.

Rawatan sakit belakang secara pembeahan adalah pilihan yang terakhir.


[ Lagi info kesihatan : Punca & Rawatan Kanser Payudara ]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger