Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Skim Rumah Pertamaku

Selasa, 4 Februari 20140 comments

Skim Rumah Pertamaku


Skim Rumah Pertamaku
Apakah Skim Rumah Pertamaku?
Skim Rumah Pertamaku adalah satu skim yang membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi  kewangan untuk membeli rumah pertama tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan.

Ciri-ciri dan Faedah Utama
  • Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja

Siapakah yang layak untuk memohon Skim Rumah Pertamaku ini?
  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya)
  • Pembeli rumah pertama
  • Pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada  RM5,000 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada  RM10,000 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada  RM5,000 bagi setiap peminjam).
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah

Harta Yang Layak
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM400,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan


  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan BNM yang telah diumumkan pada 5 Julai 2013
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Skim Rumah Pertamaku ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja. Individu yang bekerja sendiri tidak layak untuk memohon skim ini.

Bagaimanakah untuk memohon Skim Rumah Pertamaku?
Untuk memohon atau sebarang pertanyaan mengenai Skim Rumah Pertamaku, anda bolehlah terus menghubungi bank-bank yang terlibat :


1. Affin Bank Berhad - 03-5522 3000
2. Alliance Bank Malaysia Berhad - 03-2612 9266 / 9267
3. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad - 03-2612 9266 / 9267
4. AmBank Berhad - 03-2178 8888
5. AmIslamic Bank Berhad - 03-2178 8888
6. Bank Islam Malaysia Berhad - 03-2690 0900
7. Bank Muamalat Malaysia Berhad - 1 300 88 8787
8. CIMB Bank Berhad - 1 300 880 900
9. CIMB Islamic Bank Berhad - 1 300 880 900
10. Hong Leong Bank Berhad - 1 800 38 8888
11. Hong Leong Islamic Bank Berhad - 1 800 38 8888
12. Maybank Berhad - 1 300 88 6688
13. Maybank Islamic Bank Berhad - 1 300 88 6688
14. OCBC Bank Malaysia Berhad - 1 300 88 5000
15. OCBC Al Amin Berhad - 1 300 88 0310
16. Public Bank Berhad - 1 800 22 9999
17. Public Islamic Bank Berhad - 1 800 22 9999
18. RHB Bank Berhad - 1 800 88 4663
19. RHB Islamic Bank Berhad - Semenanjung Malaysia: 03-9206 8118, Sabah & Sarawak : 082-276118
20. United Overseas Bank Malaysia Berhad - 03-2612 8121
21. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad - 03-7711 8888
22. Standard Chartered Saadiq Berhad - 03-2117 7941


[Jimat Minyak Kereta]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger