Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Kek Karamel

Rabu, 8 Januari 20140 comments

Resepi Kek Karamel


resepi kek karamel

Bahan-bahan (A) - untuk membuat karamel
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat karamel (A)
  1. Taburkan gula di dalam loyang dan masak di atas api perlahan.
  2. Biarkan gula hancur dan menjadi warna perang. Tutup api.
  3. Ketepikan.
***Jangan sesekali mengacau gula***


Bahan-bahan (B) - untuk membuat kastard
  • 1 biji telur
  • 4 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 150g susu pekat
  • 75ml air
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara membuat kastard (B)
  1. Campurkan tepung kastard bersama air. Kacau hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam bancuhan tepung kastad dan air.
  3. Kacau secara perlahan, jangan sampai berbuih.

Bahan-bahan (C) - untuk membuat meringue
  • 70g gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 1 sudu kecil jus limau nipis

Cara-cara membuat meringue (C)
  1. Campur semua bahan dalam bekas dan pukul sehingga pekat dan bertanduk.
  2. Untuk memastikan adunan telah menjadi, adunan tidak akan jatuh apabila bekas diterbalikkan.



Bahan-bahan (D) - untuk membuat kek
  • 140g tepung gandum
  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak

Cara-cara membuat kek (D)
  1. Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan bertukar kepada warna putih..
  2. Kemudian masukkan gula, pukul lagi sehingga adunan naik 1x ganda.
  3. Selepas itu masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul perlahan-lahan.

Bahan-bahan (E)
  • Pewarna hijau
  • Pewarna pink
***pilihan pewarna adalah atas kesukaan anda***


Cara-cara membuat kek karamel
  1. Ambil loyang yang berisi karamel (A). Kemudian masukkan kastard ke dalam loyang yang berisi karamel. Ketepikan.
  2. Dalam bekas yang lain, campurkan adunan (C) dan (D). Gaul hingga sebati dengan spatula.
  3. Bahagikan campuran kepada 3 bahagian. 1 bahagian diwarnakan hijau, 1 bahagian diwarnakan pink dan 1 bahagian lagi tidak dimasukkan pewarna.
  4. Ambil 1 senduk adunan tanpa warna, letakkan ditengah-tengah loyang yang berisi karamel dan kastard. Tidak perlu diratakan.
  5. Kemudian ambil 1 senduk adunan warna pink, letak ditengah-tengah aduanan yang mula-mula tadi, juga tidak perlu diratakan.
  6. Selepas itu ambil 1 senduk adunan hijau, letak ditengah-tengah adunan pink. Ulangi langkah ini hingga semua adunan habis.
  7. Bakar di dalam oven pada suhu 170 °C selama 50 minit. Bakar secara waterbath dan gunakan api bawah sahaja.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger