Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Misteri Van Jenazah

Jumaat, 3 Januari 20140 comments

Misteri Van Jenazah


kisah hantu seram
Cerita seram ini adalah dari pengalaman bapa mertuaku yang merupakan seorang bilal di sebuah masjid dan juga merangkap sebagai tukang mandikan jenazah dan menghantar jenazah ke merata tempat.

Dipendekkan cerita, kadang-kadang bapa mertuaku membawa pulang van jenazah itu ke rumah. Anakku memanggil van jenazah itu ambulan kerana ada lampu siren di atas bumbung van tersebut. Aku pun kadang-kadang berasa takut bila memandang van jenazah itu lebih-lebih lagi di waktu malam. Terasa seperti ada benda atau makhluk sedang memerhati dari dalam van tersebut.

Bapa mertua aku pernah cerita, pernah sekali dia tinggalkan van jenazah ni kat bengkel untuk di servis. Keesokkan  harinya pekerja bengkel itu menceritakan pada malam itu kedengaran bunyi bertalu-talu ketukan dari dalam van jenazah. Bila diintai, tiada sesiapa pun. Tetapi dia perasan ada kesen kemek sedikit pada bahagian belakang van dan dia ingat hendak ketuk bahagian yang kemek itu esok hari. Yang menjadi misteri, keesokkan harinya, kesan kemek itu sudah tiada.




Bapa mertua aku juga pernah cerita, ada satu malam dia pergi hantar jenazah ke sebuah kampung bersama kawan masjidnya sebagai peneman. Di tengah perjalanan, tiba-tiba keranda yang menempatkan jenazah bergoyang dengan kuat tanpa henti sehingga mengganggu perjalanan. Bapa mertua aku ni jenis berani sikit, dia terus cakap,

"Duduk diam la, belum sampai lagi ni".

Yang kawan dia ni suruh berhentikan van jenazah di tepi jalan, kemudian mereka laungkan azan. Barulah keranda itu diam.

Mengikut kata bapa mertua aku ni, dia dah lali dengan kejadian-kejadian pelik ni, Kadang-kadang kita tidak tahu pasal hal si mati, apa yang mampu doakan untuk jenazah dan uruskan jenazah dengan baik.

[10 hantu paling seram di luar negara]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger