Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Permohonan PR1MA , Rumah PR1MA

Jumaat, 28 Februari 20140 comments

Permohonan PR1MA , Rumah PR1MA


permohonan PR1MA
Apakah kriteria kelayakan untuk permohonan PR1MA?
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat
  • Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2500 hingga RM7500
  • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada 1 hartanah
  • Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA

Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, boleh.

Jika saya di Malaysia tetapi suami/isteri saya berada diluar negara, adakah saya layak membuat permohonan PR1MA?
Ya, anda oleh memohon selagi pendapatan purata isi rumah adalah sekitar RM2500 hingga RM7500 sebulan.

Bagaimana untuk mendaftar kediaman PR1MA?



Pendaftaran PR1MA boleh dibuat secara online menerusi laman web PR1MA di www.pr1ma.my

Adakah terdapat sebarang bayaran atau caj untuk mendaftar rumah PR1MA?
Tiada sebarang caj atau yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik sebarang agen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakanperuntukan khas untuk rumah PR1MA.

Setiap pasangan hanya perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran PR1MA.

Saya belum berkahwin tetapi akan berkahwin tidak lama lagi. Adakah saya perlu memohon sebagai individu atau pasangan?
Buat masa sekarang, anda boleh memohon secara individu. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.

Berapa kerapkah saya perlu mengemaskini profil saya?
Maklumat anda perlu dikemaskini jika terdapat sebarang perubahan.

Saya menghadapi masalah ketika membuat pendaftaran, apa yang perlu saya lakukan?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-79624374 (Isnin hingga Jumaat atau Sabtu 9.00 pagi hingga 1.00 petang) atau emel info@pr1ma.my.

Saya lupa kata pengguna/kata laluan?
Sila ke https://register.pr1ma.my

Bagi permohonan PR1MA, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?
Salinan kad pengenalan
Slip gaji atau penyata bank terkini

Adakah rumah PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan?
Ianya bergantung kepada hak milik (pemilik) tanah pada setiap pembangunan PR1MA.

Di manakah lokasi pembangunan PR1MA?
Sila rujuk http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php

Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran dan harga rumah PR1MA?
Sila layari  http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php

Berapakah harga perumahan PR1MA?
Rumah PR1MA  berharga sekitar RM100000 hingga RM400000.

Apakah saiz-saiz rumah PR1MA?
Secara umumnya rumah teres PR1MA berukuran dari 1400kps hingga 1700kps dan apartmen PR1MA dari 670kps hingga 1300kps.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang perumahan PR1MA Malaysia boleh hubungi :
0379624374 Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi hingga 6.00 petang) atau Sabtu (9.00 pagi hingga 1.00 petang). Atau emelkan ke info@pr1ma.my

[ Lagi info : Permohonan Skim MyHome ]



Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger