Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Sony Xperia Z1S Bakal Berada Di Pasaran

Rabu, 8 Januari 20140 comments

Sony Xperia Z1S Bakal Berada Di Pasaran


Sony Experia Z1S
Sony telah mengumumkan Xperia Z1S akan berada di pasaran tidak lama lagi. Spesifikasi dan ciri-ciri Sony Xperia Z1S tidak banyak beza dengan versi yang terdahulu Xperia Z1, tetapi telah ditambah baikan. Berbanding dengan versi terdahulu, bahagian tepi Xperia Z1S lebih bulat sedikit. Skrin bersaiz 5 inci, resolusi 1080p full HD dan menggunakan teknologi paparan baru iaitu "Triluminos" yang diambil dari Sony's Bravia TV group.

Ciri-ciri yang lain ialah menggunakan processor 2.2GHz quad-core Snapdragon 800, 2GB RAM, 32 GB ruang storan dalam, slot kad mikro SD, 3000mAh  bateri, Android 4.3 Jelly Bean, dan kamera 20.7 mega pixels.



Penambah baikan paling ketara adalah pada sifat kalis air telefon ini. Sony Xperia Z1S ini boleh ditenggelamkan di dalam air sedalam 4.5 kaki selama sehingga 30 minit. Jadi dengan Xperia Z1S, tiada masalah untuk mengambil gambar di dalam air.

Sony masih belum mengumumkan harga untuk telefon pintar terbaru mereka ini. Namum ada ura-ura yang mengatakan Sony akan menjual dengan harga sekitar RM2 000.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger