Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Resepi Kek Cheese Kukus

Rabu, 5 Februari 20140 comments

Resepi Kek Cheese Kukus


resepi kek cheese kukus



















Bahan-bahan untuk membuat kek cheese kukus
  • 140g gula halus
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh cream of tartar
  • 50g mentega
  • 250g cream cheese
  • 6 biji kuning telur
  • 100ml susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 60g tepung kek
  • 20g tepung jagung

Cara-cara membuat kek cheese kukus
  1. Cairkan cream cheese, mentega, dan susu secara double boiler. Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan tepung jagung, tepung kek dan kacau hingga sebati. Tambahkan kuning telur dan jus lemon.
  2. Pukul putih telur dengan gula serta cream of tartar hingga sedikit kembang.
  3. Campurkan (1) dengan (2).
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang bulat bersaiz 9". (Griskan dan tepungkan loyang dahulu)
  5. Kukus selama 1 jam hingga 2 jam atau sehingga masak. (Panaskan kukusan terlebih dahulu)

[Resepi Bihun Sup]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger