Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Petua Awet Muda Mudah & Menjimatkan

Ahad, 15 Disember 20130 comments

Petua Awet Muda Mudah & Menjimatkan

petua awet muda
Siapa yang tidak mahu awet muda? Di sini kami ingin kongsikan petua awet muda yang mudah untuk diamalkan serta tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli produk-produk berjenama yang mahal.

Petua awet muda yang boleh anda amalkan :

Petua awet muda 1 :
Amalkan setiap pagi, sebaik sahaja bangun dari tidur di waktu pagi, urutlah wajah dari bawah dagu hingga ke dahi sambil berselawat 3 kali.

Petua awet muda 2 :
Tahukah anda air liur mempunyai enzim yang boleh ubati penyakit? Amalkan sebaik sahaja bangun pagi sebelum membersih muka dan gosok gigi, ambil segelas air dan minum. Biarkan air di dalam mulut sambil selawat 3 kali kemudian barulah ditelan air itu.

Petua awet muda 3 :
Sentiasa diamalkan semasa ingin berdandan. Bacalah selawat dan hembus di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka sambil niat di dalam hati agar wajah diindahkan seperti wajah Nabi Yusuf.





Petua awet muda 4 :
Amalkan setiap kali selesai solat subuh, bacalah surah Yusuff. Kemudian minum air suam 3 teguk sahaja.

Petua awet muda 5 :
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua awet muda 6 :
Amalkan mandi embun di waktu pagi. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan badan.



Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger