Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Tempat-tempat Berhantu Di Malaysia

Sabtu, 21 Disember 20130 comments

Tempat-tempat Berhantu Di Malaysia

Sebenarnya banyak tempat-tempat di Malaysia di 'claim' sebagai tempat berhantu. Di sini kami ingin kongsikan beberapa tempat berhantu di Malaysia yang bolehlah anda kunjungi untuk mencabar keberanian anda.

Di sini adalah antara 5 tempat yang dikatakan tempat berhantu di Malaysia :


1. Highland Towers

Suatu ketika dahulu Highland Towers merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ianya terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, Pada 11 Disember 1993, bangunan ini telah runtuh dan merupakan kejadian runtuhan bangunan yang paling dahsyat yang berlaku di Malaysia. Dilaporkan seramai 48 orang telah terkorban dalam kejadian tersebut. Tetapi ada cerita-cerita yang mengatakan masih ada lagi mayat-mayat yang tidak dijumpai dan terkubur di sana. Kejadian-kejadian paranormal di Highland Tower telah difilemkan di dalam filem yang berjudul "Highland Towers".

highland towers












2. Kemayan City

Sebuah bangunan mall yang terletak di Johor Bahru. Ianya terbengkalai disebabkan menjadi mangsa kegawatan ekonomi sekitar tahun 1998. Selain dihuni oleh mat-mat gian, ia juga dikatakan menjadi tempat tinggal makhluk-makhluk halus atau makhluk-makhluk ghaib.

kemayan city














3. Amber Court

Terletak di kawasan bawah sedikit dari kawasan taman tema dan hotel yang bertaraf tinggi di sekitar kawasan Genting Highlands. Ramai pengunjung yang mendakwa mengalami kejadian-kejadian yang menakutkan antaranya mendengar suara wanita menangis dan mendengar suara meminta tolong. Selain itu ada juga yang melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke bawah.

Amber Court












4. Simpang 3 George Town, Pulau Pinang.

Juga dikenali sebagai Junction The Deadly. Terletak  bersebelahan dengan Union High School. Banyak kemalangan misteri berlaku di sini terutamanya di waktu malam. Dikatakan terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak di sini. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

Simpang T, GeorgeTown












5. Kellie’s Castle

Bangunan yang berusia lebih dari 100 tahun ini terletak di Batu Gajah, Perak. Antara kejadian-kejadian aneh yang pernah dialami oleh pengunjung di sini ialah kelihatan satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki bangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di Istana berkenaan, lembaga tersebut dipercayai roh William Kellie Smith. Seorang pengunjung dikatakan pernah terlihat seorang budak perempuan bangsa eropah dalam lingkungan usia enam tahun berkeliaran di dalam sebuah bilik di istana tersebut. Banyak lagi kejadia-kejadian aneh yang pernah berlaku di sini.

Kellies Castle













Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat berhantu di Malaysia ini selain yang dinyatakan di atas. Jika ada kesempatan kami akan membongkar tempat-tempat berhantu yang lain.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger