Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Petua Hilangkan Batuk Berkahak

Ahad, 22 Disember 20130 comments

Petua Hilangkan Batuk Berkahak


petua hilangkan batuk
Mengalami batuk berkahak tanpa henti memanglah amat memeritkan terutamnya pada waktu pagi. Sakit segala tekak dan dada hingga segala kerja terganggu. Di tambah pula anda tidak gemar untuk memakan ubat atau kurang senang dengan rasa ubat batuk.

Posting kali ini akan kongsikan petua hilangkan batuk berkahak secara tradisional : Secara asasnya, bahan utama bagi petua hilangkan batuk ini ialah madu.

Petua hilangkan batuk 1 :
3 biji limau nipis diperah diambil jusnya sahaja, 1 sudu kecil madu dan segelas air suam. Campurkan semua bahan, kacau dan minum.

Petua hilangkan batuk 2 :
Halia sebesar 1 inci ditumbuk hingga lumat, campurkan halia yang ditumbuk dengan madu dan perahan limau nipis.





Petua hilangkan batuk 3 :
2-3 biji limau nipis diperah diamnbil jusnya. Jus limau nipis dicampur dengan madu dan kicap. Minum 3 kali sehari sehigga batuk pulih.

Petua hilangkan batuk 4 :
Rebus beberapa ketul gula batu bersama 8 helai daun pudina selama 5 minit. Minum air rebusan sekerap yang mungkin sehingga batuk anda hilang.

Petua hilangkan batuk 5
Bakar 2 ulas bawang putih selama lebih kurang 2 minit. Kemudia kupas kulitnya dan makan bawang terebut. Amalkan setiap malam hingga batuk tiada lagi.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger