Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Petua Merawat Resdung

Isnin, 10 Februari 20140 comments

Petua Merawat Resdung


merawat resdung
Dianggarkan  65% penduduk di Malaysia menghadapi masalah resdung. Pesakit resdung sensitif kepada benda-benda penyebab alahan seperti habuk, bulu haiwan, perubahan cuaca terutama cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.

Simptom-simptom resdung :
  • Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.
  • Gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair.
  • Batuk hingga kerongkong dan anak tekak gatal.
  • Bersin melampau dan terlalu kerap.
  • Telinga sering tersumbat.
  • Simptom paling ketara apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar. Akibatnya, suara penghidap menjadi sengau.

Disini dikongsikan 1 kaedah alternatif yang boleh dicuba bagi merawat resdung :



Bahan-bahan yang diperlukan bagi merawat resdung adalah :
10 helai daun pandan
8 biji limau nipis

Daun pandan dihiris halus-halus seperti membuat bunga rampai.
Kemudian perah limau nipis untuk diambil jusnya.
Jus limau nipis dan daun pandan digaul hingga sebati.
Sapu ke seluruh bahagian muka.
Amalkan 3 kali seminggu antara jam 10 pagi hingga 3 petang.
Jika  rawatan ini bersesuaian, dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar dari kulit muka.

Selamat mencuba.

[Lagi Info : Tips Elakkan Senggugut]


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger