Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak Pada Bayi dan Kanak-kanak.

Ahad, 22 Disember 20130 comments

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak Pada Bayi dan Kanak-kanak.


petua hilangkan batuk bayi
Sebagai ibu bapa, apabila anak-anak mengalami batuk sudah tentu amat merisaukan lebih-lebih lagi jika anak itu masih bayi. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan kepada bayi sehingga boleh memudaratkan bayi itu dan ada pula yang tidak memberi ubat yang cukup sehingga kita sebagai ibu bapa tidak berpuas hati dengan rawatan yang diberi.

Di sini ada beberapa kaedah atau petua hilangkan batuk dan kahak pada bayi dan kanak-kanak.

1. Pastikan anak-anak mendapatkan rehat yang secukupnya.
2. Jika anak-anak masih menyusu, berikan susu dalam jumlah yang banyak.
3. Berikan sedikit madu pada anak-anak. Jika anak menyusu botol, campurkan sedikit madu ke dalam susu yang diminum.
4. Bagi anak yang berusia 1 tahun ke atas, berikan anak itu minum air suam bercampur sedikit madu dan lemon.




5. Jika anak berumur 1 tahun ke atas dan kita mempunyai pemanas air di dalam bilik air, buka shower mandian beserta air panas. Biarkan bilik air berwap. Masukkan anak itu ke dalam bilik air untuk beberapa ketika. Tapi ingat jangan mandikan anak dengan air panas. Dengan menghidu wap-wap air panas akan membantu melegakan kahak.
6. Jika anak anda bayi berusia 1 tahun ke bawah, jangan sesekali menggantikan susu dengan memberi air kosong. Ini akan memudaratkan bayi anda.
7. Jika anak anda berusia 1 tahun ke atas dan mengalami batuk dan selsema, bolehlah diberi ubat paracetamol dalam dos yang ditentukan oleh doktor.
8. Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis setiap hari.
9. Jika anak atau bayi anda mengalami batuk dan selsema, ambil dan ramas daun kaduk. Kemudian sapukan daun itu ke dada dan perut bayi anda.
10. Ambil kunyit hidup dan gosok pada permukaan yang kasar untuk diambil serbuknya. Campurkan serbuk kunyit ke dalam minyak masak dan sapukan ke dada bayi.

Tapi jika bayi atau anak anda yang berusia 1 tahun ke bawah mengalami batuk dan selsema seperti dinyatakan di bawah, bawa bayi atau anak anda segera ke klinik :

1 . Batuk dan selsema melebihi 5 hari.
2. Mengalami batuk dan selsema sehingga sukar bernafas.
3. Batuk dan selsema beserta demam. (suhu melebihi 38°C bagi bayi 6 bulan ke bawah dan 39°C bagi berusia 1 tahun ke bawah)
4. Kahak hijau atau kuning.

Lagi petua-petua di sini.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger