Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Badminton Terbuka Korea : Chong Wei Mara Suku Akhir

Jumaat, 10 Januari 20140 comments

Badminton Terbuka Korea : Chong Wei Mara Suku Akhir


kredit : sinarharian.com.my
JAGUH perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Korea 2014 di Gimnasium Olimpik 2, Seoul, semalam.

Pada perlawanan pusingan kedua, Chong Wei mudahmenewaskan pemain Jerman, Marc Zwiebler dengan kemenangan 21-14 dan 21-1.

Sementara itu, Chong Wei Feng tewas kepada pemain Rusia, Vladimir Ivanov 21-18 dan  dan 21-11 pada pusingan awal.

Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah  berhempas pulas menewaskan beregu Taiwan, Sheng Mu Lee dan Chia Hsin Tsai, 16-21, 21-14 dan 21-19.



Bagaimanapun, dua lagi beregu negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Keong serta Gan Teck Chai dan Ong Soon Hock tewas pada perlawanan awal.

Perseorangan wanita, Tee Jing Yi tersingkir awal daripada kejohanan selepas tewas kepada pemain tuan rumah, Ko Eun Byul dalam pusingan kelayakan.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger