Anda Sedang Melayari Blog BuahTopoh.blogspot.com

Permohonan Online Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM3.0) 2014

Selasa, 24 Disember 20130 comments

Permohonan Online Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M3.0) 2014


Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014


Permohonan secara online Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M3.0) 2014 dibuka pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.

Di mana untuk memohon BR1M 3.0?

1. Permohonan secara offline
Borang Permohonan PERCUMA boleh didapati di pejabat-pejabat cawangan dan pusat perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Borang BR1M 3.0 boleh juga di download di sini. >> download borang BR1M 3.0 <<

2. Permohonan secara online
Bagi memohon BR1M 3.0 secara online, pemohon bolehlah mengisi borang atas talian di https://ebr1m.hasil.gov.my/





Cara Memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0:

1) Pemohon terdahulu yang telah berjaya
Bagi mereka yang telah pun berjaya menerima bantuan tunai melalui BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 sebelum ini, anda hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat terkini, akaun bank dan maklumat ahli keluarga.

2) Pemohon-pemohon baru
Bagi pemohon-pemohon baru, anda boleh mendaftar secara online atau dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 yang boleh didapati secara percuma.


Jumlah Pembayaran dan Kelayakan BR1M 2014

1. RM650: Isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak kurang daripada RM3,000
2. RM300: individu yang belum berkahwin berumur 21 & ke atas dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 sebulan.


Tarikh Pembayaran BR1M 2014

Bayaran bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) akan dibuat kepada pemohon yang berjaya bermula dari Februari 2014.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Buah Topoh | Info | Islam | Petua | Resepi | Seram | Tutorial | Jalan-Jalan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger